Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, identiti mayat disahkan melalui rekod pergigian ketika proses pengecaman di Hospital Taiping.
